BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Best Thing Ever!
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds

Imaran Ajmain _ Seribu Tahun

Thursday, October 1, 2009

Still in memory mood



In DSAI house in Bkt Segambut



Aktiviti sosial (pertandingan bowling)..group kita org dpt no.2 (not bad)



Bakal suami isteri nie... alhamdulillah



too havoc in PP44



induction course in Jeram Besu ( I don't like this place why.... huh!!!)

Wednesday, September 30, 2009

Dalam Kenangan


Ajex - di penamaan calon DSAI di Permatang Pauh



Ajex - Permatang Pauh



Ida the Manace :-)



It's me jaja_aimin



Ajex ( sekali lagi)



jaja_aimin with azim and his brother


Linda, Dek-Na, Azim bro, Ajex, Azim and Fareez
Jaja-aimin, Datuk Seri Wan, Ida the manace


jaja_aimin, syarinna with the photographer


kawan baik aku... rindu sama dia..will be a mom...aisha


kawan baik juga... Masni..now in UMP..



Sweet memory masa sambut birthday aimin yg ke-4

Today i just feel like to remember all the great memory I've been through ..thank you so much to all my friend for being such a great people. Love you all...


@jaja_aimin

Seribu Tahun - Imran Ajmain

pagi tadi dengar balik lagu ni memang membawa kepada seribu memori dalam hidup aku sebab lagu inilah disaat hubungan aku dengan si-dia sedang goyang cam gempa bumi.... sebak lak mendengar lagu nie.... sayu jek...

Walaupun hubungan kami x lama dalam 1 tahun tetapi ia banyak mengajar aku erti apa itu pengorbanan sebenarnya... mudahan dia bahagia dan belajar dari kesilapan dia. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan dia hadir tika aku dalam kesedihan dan dia pergi tika aku sudah semakin kuat dalam menghadapi kekuatan hidup dan tika itu dia pulak yang membuatkan tanggapan aku pasal lelaki ini makin buruk tetapi disebabkan Allah mencipta ADAM maka tak eloklah nak memburuk-burukkan kaum atau spesis adam ini.

Andai itu bukan milikku, buatlah mcmana pun pasti bukan milikki jua, semua hak ini adalah hak milik mutlak Allah SWT jadilah insan yang lebih jujur dan amanah agar setiap insan dimuka bumi Allah yang cantik ini akan sentiasa berbahagia.

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekitar sambutan hari raya pada tahun 2009. mcm keluarga orang lain juga, sambutan kali ini disambut dengan sederhana sahaja. Dan buat juadah pun utk disedekahkan pada maklong, makcik dan keluarga ayah-ngah serta jiran yang terdekatlah..
Pada Malam raya masing-masing dah x sibuk sangat sebab ketupat dah pun siap direbus.



Ketupat yang telah siap direbus...

bab anyam-menganyam ni diserahkan kepada kapten iaitu abah aku la... yang bestnya abah aku pandai menganyam tetapi x tahuc ara nak matikan ketupat ni bila dah dimasukkan beras...mak aku pulak x pandai menganyam tetapi tahu cara untuk mematikannya...memang sepadan sebab saling lengkap-melengkapi... Juadah lain tu biasalah ada lontong (wajib) laksa pahang, sate, kuah kacang dan rendang ikan.

Pagi raya...haa...kena bangun pukul 4.30 pagi sebab semua benda nak kena masak pagi tu....mula-mula mesin kelapa, kemudian kakak aku start masak kuah lodeh dan sambal ikan bilis untuk ramuan lontong...aku pulak kukuskan laksa gandum dan goreng temosa (letih dok menerap sorang-sorang nih)..Kemudian siapkan meja untuk hidangan lah...kakak-kakak ipar aku ada juga menolong sikit-sikit maklumlah sebab kita orang ada kalau tiada mebi depa x segan sangat kot.

Dalam pukul 11 pagi bertolak ke kampung mak aku di Kampung mengkasar, Pekan. Mula-mula pergi menziarahi kubur arwah aki aku kemudian di Makam Chondong menziarahi pusara arwah nenek aku yang tersayang sebab dialah yang menjaga kami semasa mak bekerja sebagai jururawat di HTAA dulu sebelum pencen lah.



Aimin dengan sepupu nya Shahiruddin sehari sebelum raya.



Aimin with the geng...anak buah aku yang paling muda (so far) 7 bulan... Ahmad Arshad bin Shahril Aidi.


Kononnya nak ambil gmbr elok-elok tapi si kecik nih spoil betul...maklumlah rumah tgh ramai orang....


Kat Kampung mak di kampung Mengkasar, Pekan.



On the way nak balik Melaka... :-)



Sempat posing sambil nak main bunga api.... hakikatnya kena jerit dgn mama sebab nak ambil gambar. Masih lagi di Melaka. Kampung ke-2...:-)





Mana sepupu dia yang lain ek....time ni depa dok main mercun bola.... Aimin ni penakut jadi dia x ambil port benda-benda tu semua...layan kepala sendiri je time nih.



Sepupu aimin yang ni pulak anak-anak abang aku yang sulung. Anak buah kesayangan sebab yang besar tu anak saudara aku yang sulung....


ehehehe..... si kembar.... mana satu aku ek.... hihihihihi.....




On the way nak balik kampung abah...



Ni baru keluar dari lebuhraya.. Simpang depan nak masuk kampung aku kat BP




kat simpang lima rumah Mak saudara Inilah mak-mak saudara aku (cik Yati dan cik Nah)



Mak dan abah aku yang tersayang bersama dengan orang yang paling aku sayang. Masih lagi di simpang lima, Batu Pahat.



Di kawasan rumah arwah nyaie ( nenek)... yang ini pulak depan rumah sepupu abah...dah x banyak rumah tradisional macam ni kebanyakan orang disana banyak yang telah menukar rumah mereka ke banglo... jadi rumah macam ni dah sukar untuk dilihat di Batu Pahat..ada tu ada tapi dah makin pupus lah..



Gambar ni diambil before balik ke Kuantan..pas beraya di rumah sepupu abah di Air Pa'bas kami terus ke eye apa ntah...lupa lak.... oklah sebab abah pun excited nak naik .... Muhaimin jangan cakaplah... over excited gitu.


Oklah..itu sahaja lah pengembaraan kami.... Insya-Allah di lain masa kalau dok merewang lagi akan aku coretkan disini... Untuk semua kawan-kawan x kiralah Anwar Ibrahim Club, PAS, PKR, AMK dan semua rakan seperjuangan di IIUM, UMP, OUM dan yang setaraf dengannya...dimohon seribu kemaafan jika ada tersilap bahasa dan ter kurang ajar....hihihih.... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.


@Jaja_aimin

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya

Thursday, September 3, 2009

Minyak naik....oh TIDAK!!!!

Pagi ni pergilah isi minyak depan kubur ala yang otw pg Indera mahkota...tup-tup tgk kat pam 2.05..huahuahua...aku lupa daaa..minyak naik..aisey..dari kuarkan 2 kepaing not duit merah kakak aku tambah lg sekeping katanya takat isi rm20 buat penat isi jek sebab sket sangat...nampaknya kehidupan kami berubah mcm dulu lah.... kena berjimat cermat... rasa marah dan terkilan pun ada jugak yerlah depa sepatutnya memberi keselesaan kepada rakyat tetapi makin membebankan...yang kaya bertambah kaya dan orang mcm aku ni bukan makin kaya tetapi makin susut.... well, apa pun bersyukur dgn rezeki yang Allah bg kerana ia halal... malas btul nak mrh2 time bulan ramadhan cuma apa yang aku harapkan moga Allah membalas segalanya. Bak ikut pepatah aku, " biarlah org buat kat kita, asalkan kita x buat pada orang lain".

Persiapan raya untuk muhaimin dah settle..semua dah beli..ala kadar jek... alhamdulillah. kena betul-betul budget ni sebab raya kali ini banyak negeri kami akan balik jadi biar x bergaya asalkan duit ada dalam poket..x guna bergaya lebih-lebih tapi duit dlm poket x der...harapkan duit plastik mahu terduduk hujung bulan bila sampai bil nanti oleh itu amalkan perbelanjaan yang berhemah. Baju raya aku pun x ada.... jawabnya pakai aje yang boleh dipakai..bukannya sepupu-sepapat aku tanya pun...hihihihi.... biskut raya pun dah beli...cam biasalah beli yang favorite marble chocolate cookies...syok gila..... kali ni semua beli setiap jenis beli satu (mmg budgetni)..x de yang buat...nak buat pun mcm malas je sebab mak pun sakit jadi kena faham-faham le.

baru-baru ni pergi berbuka di luar di salah sebuah makanan segera di pantai berdekat dgn kuantan ni... di baginya aku ayam yang dah buruk...aisey...mmg nak dpt makan selipar agaknya..tp mcm biasalah aku... malas nak kecoh...xpelah.. kat akhirat nanti semua benda akan disoal jadi x perlulah aku nak kecoh2 orang pun dok syok berbuka...cian plak. so moralnya, konfirm aku x pergi dah!!!! so dah 2 kedai yang sama aku blacklistkan cuma di ECM dah ok tiadalah ayam goreng busuk lagi.... nak berniaga ni kena ikhlas..bila ikhlas semua benda jadi sedap... cewah!

Harijadi kali ni paling best sebab mak aku yang tersayang hadiahkan gelang dan cincin eheheheh... gerun jugak masa mak ajak pergi kedai emas..mahu x nya...dah la gaji pun cukup-cukup hidup jek mana nak budget utk muhaimin, utk byr OUM, duit insuran kereta lagi... sampai jek...kita org pun pilihlh..yerlah takat pilih jerk kan... dah syok2 belek tetiba itu ah moi bilang harga dia mak aii harga dia..kalah gaji aku.... nampaknya kempunan le...tp surprise nya mak aku amik untuk kakak aku dan utk aku satu...bersyukur sangat-sangat..... :-)) apa lagi senyum lebar jelah..... moralnya, sayangilah mak anda dengan ikhlas hati, sebagaiman mereka jaga kita dulu begitulah jugak kita jaga mereka tak kisahlah ibu mertua pun sama..kena jaga sebagaimana kita menjaga ibu kandung kita :-)

jaja_aimin

Monday, August 31, 2009

31 Ogos 2009

Alhamdulillah...negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 52 tahun pada tahun ini. Mudahan semangat perjuangan anak muda kita tidak akan luntur dan tidak pernah akan luput. Masih teringat pada 31 Ogos 2008 dimana aku dan kawan baik aku melepak di kedai kari kepala ikan, jln Yap Kwan Seng sampai pukul 7.30 pagi...terima kasih kawan.... dia menemani aku sebab kakak dan kawan aku pg ke Seremban jadi aku ni penakut...haaa...apa lagi kawan aku nilah jd mangsa.. disebabkan dia lelaki jadi tak bolehlah bwk dia blk rumah...takat melepak kat mapley boleh la.... selepas penat merewang bandar KL ingat nak pg karoake tetapi tutup pula jadi kami ambil keputusan melepak.... Baru-baru ni adalah contact dia semula dan alhamdulillah kini sudah pun mempunyai awek baru.... kawan aku ni jenis yang lurus bendul tp semangat reformis yang ada itulah buat kami serasi... kami boleh bicara apa saja...politik, cinta, wayang, apa sajalah... memang best dapat kawan mcm ni.... dia peminat Indi Band... suka life band dan sangat-sangatlah suka tgk wayang.... cuma hubungan kami renggang selepas ada tekanan dari pihak yang ingat kami ni couple... salah ke ada kawan yang berlainan jantina....pelikkan?.... bg akulah, kalau aku nak kahwin x perlu nak dok lepak lelama... dah suka nikah jek tp aku tau apa yang aku inginkan... bagi aku perkahwinan ini suatu yang sangat subjektif..ada pro dan kontranya...

Fobiakah aku?... yes I AM!!!! why???.... setelah puas dipukul, disiram dengan air panas, dibelasah hanya kerana benda yang sangat x logik dan selalu dimaki hamun membuatkan aku menjadi sangat benci dengan institusi perkahwinan... for me kesucian dalam perkahwinan itu sudah hilang dalam diari hidup aku, jadi pada mereka x perlulah bangkitkan hal kahwin sebabnya mereka x merasai apa yang telah aku lalui bersama dengan Nasrul Muhaimin. Hidup aku kini sering dihantui dengan segala kisah hitam ini... dengan hadirnya 2 September 2009 maka genaplah usia aku 32 tahun...dalam tempoh ini pelbagai pengalaman telah aku lalui... bersama menghadapi susah dan senang dengan kakak kembar aku menjadikan kami lebih senang hidup berdua ..dan aku tahu kakak aku pun akan berkahwin dan aku amat berharap dia memperoleh kebahagiaan dan mendapat suami yang baik, beriman dan bertanggung-jawab.

Hari ini aku terasa untuk luahkan segalanya setelah lama aku pendamkan sehinggakan ia menjadi barah dalam hidup aku. Aku nampak tenang di luar tetapi gelora bak tsunami sering melanda emosi ini. Harapan aku agar teman-teman mengerti kenapa dan mengapa aku selalu berpendapat negatif mengenai pasangan hidup. Di bulan yang mulia ini aku sering mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan aku tetapi jika Allah masih tidak mengizinkan aku redha dengan ketentuan-Nya dan aku yakin adalah jodoh untuk aku nanti antara dengan cepat dan lambat jerk.

Maaf juga kepada teman dan sahabt lelaki aku yang dah berkahwin tu.... haaa..... sejak menerima panggilan dari isteri anda aku mula menjauhkan diri bukan kerana takut tetapi aku faham setiap wanita akan mempunyai rasa cemburu dan perasaan takut kehilangan suami..jadi aku rasa lebih baik aku slow down mempunyai sahabat lelaki yang dah berkahwin...ini pun suatu penyakit dalam masyarakat kita...kalau ada je kawan perempuan yang bertitle "J" mulalah para isteri kepanasan seperti cacing padahal tak ada apa2 pun yg berlaku.... nak gelak pun ada...tetapi yang pasti air mata akan mengalir juga sebab keikhlasan kita menganggap persahabatan itu suatu yg mulia dipandang hina oleh orang lain. Kalaulah aku nak sangat kat suami orang x perlulah...buat masa aku je..lebih baik mencari yang bujang...bukan susah pun nak dapat... antara nak dan x nak jek... entahla manusia ni, susah nak cakap..kang cakap lebih-lebih kata kita ni kurang ajar jadi lebih baik diamkan diri, it's better like that. (ada masa nanti aku ceritakan kemudian)

15 Sept 2006 tarikh aku masuk bekerja di IIUM, setelah puas mencari kerja diserata pelusuk tempat akhirnya rezeki aku disini juga. Walaupun ketika itu hanya pekerja part time tapi aku enjoy kerja disini...disinilah aku mula mengubah penampilan aku..daripada suka berpakaian jeans dan t-shirt kini aku lebih berbaju kurung dan yang lebih sopan..daripada on off pakai tudung kini lebih selesa bertudung..maklumlah dulu aku keje di Parkson Grand daripada bekerja di HR aku berpindah ke Receiving Dept. kerja kena kuat, angkat kotak yang berkarton-karton dan melabelkan harga barang hampir beratus-ratus setiap hari tidak menggalakkan aku pakai baju kurung...jadi kenalah pakai yang sempoi-sempoi jek.... tp sememangnya berkhidmat di Parkson banyak mengajar aku erti kerja lebih masa yang sangat terlebih..... 8.30 am - 11 mlm... yang best bila time BONUSLINK MEMBER SALES masa itu semua pihak management termasuk aku kena jadi cashier terhormat... keje kita orang melihat orang bayar dan tolong mana yang patut sampailah ke tengah malam... waktu lunch apa lagi kita lak yang shopping sakan maklumlah setiap staff dapat 20% potongan dan lebihan potongan itu dimasukkan ke dalam gaji.... oklah... fun sebab staff kat sana sentiasa bertukar ganti termasuklah aku setelah sekian lama menabur bakti disana akhirnya aku berhenti juga..

Raya...haaaa.... time raya nilah time plg sedey la... gembira dalam sedey gitu.... mcm biasalah tahun ni giliran abang aku yg no 3 balik... abang no 2 x dpt balik sebab kak ngah aku dah sarat sangat time tuh...( bertambah lagi anak saudara yang ke -9). Dan macam biasa jugak Raya pertama wajib beraya di kampung mak di Pekan, kejap je...biasanya pas solat raya baru balik rumah Maklong kemudian ptg dalam pukul 3 ptg akan balik ke Ktn semula...siap2 kan rumah untuk menyambut sepupu2 yang akan datang pada malamnya. Raya ke-2 tahun ni balik ke Puncak Jalil, rumah abang ngah kemudian Raya ke-3 balik melaka rumah abg long dan seterusnya ke batu Pahat kampung abah... Insya-Allah kalau gathering raya tahun ini di buat di rumah AyahNgah maka kenalah balik ke JB pulak... kebiasaannya di rumah adik abah di Parit raja mungkin tahun ini nak buat kelainan... Gathering ini mengumpulkan semua kaum keluarga abah di seluruh pelusuk Johor dan serata negeri bagi mereka yang merantau termasuklah abah aku. Tetapi nikmatilah dulu nikmat berpuasa... bulan ramadhan bulan penuh keberkatan untuk kita semua.

Cukuplah sampai disini...buat teman seperjuangan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 tahun, semoga perjuangan atuk, nenek dan moyang kita berbaloi dengan apa yang telah kita perjuangankan selama ini. Assalamualaikum WBT.

Takbir!!!!

jaja_aimin77

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi menjelma, mudahan dapat menambahkan lagi amal ibadat. Dibulan Ramadhan inilah yang banyak menguji kita erti kesabaran, lapar, dahaga dan bermacam dugaan lagi. haa...dan yang paling menguji kita adalah bagaimana untuk mengurus kewangan ketika bulan Ramadhan... benda inilah yang selalu menghantui aku sebabnya, nafsu untuk membeli lebih teruk sebelum bulan Ramadhan. Time inilah, semua kelengkapan untuk menyambut Syawal semuanya nak baru....mcm biasalah dah ada anak ni jadi tumpukan sepenuhnya kepada persiapan anak maklumlah menyambut Aidilfitri ni yang paling gembira adalah kanak-kanak jadi apa salahnya kita bagi dia ruang dan kesempatan utk bergaya. bab kata pepatah aku, biar berjimat asalkan poket x kosong...x psl2 nak isi minyak kena catu pulak nanti.....

Apa yang aku paling suka pasal bulan Ramadhan ini adalah semangat ukhwah sesama keluarga itu terjalin.... masa puasa ni depa ni kuranglah dok keluaq...dok lepak kat rumah je kan.... kemudian dapat pergi solat terawih...inilah yang plg ditunggu-tunggu... berduyun umat Nabi Muhammad mengejar nikmat terawih...apa yang dikesalkan sedikit adalah kanak-kanak yang datang terlalu bising...sehingga menganggu tumpuan tika solat. Time berbuka biasa jelah sebab kat rumah pun mak abah berbuka kat masjid, jadi aku, min-min (aimin) dan my twin buka kat rumah...so simple sangat le.... tp x dela sesimple sgt le.... :-)

sambung balik nanti le..... daaa...

Sunday, August 16, 2009

Balik Kampung



Kampung Mak aku di Kg. Mengkasar, Pekan Pahang.....

hihihi...kampung mak aku ni dekat je tapi nak balik memang payah.... maklumlah rumah kt atas ni rumah arwah tok mak aku.... sejak arwah meninggal yang duduk rumah tu sekarang adalah keluarga arwah Mak Ngah (Adik mak) jadi sebab tu jarang sangat balik....




yang ini pulak rumah Maklong kesayangan.... Maklong aku ni kalau balik confirm berbakul-bakul cerita dia.... aku sayang sangat kt Maklong sebab dia banyak cerita dan dah banyak kesusahan yang dia terima... selain itu persis dan kdg2 perangai dia pun sama mcm mak..

Ahad lepas balik kampung sebab ada jemputan kahwin.. dapat jugalah lepak2 kat rumah Maklong lama-lama.... Aimin jangan cakaplah..sakan habis...maklumlah dapat kejar ayam sampai berpeluh-peluh...kemerahan muka.... x reti duduk diam... banyak kenangan kat kampung ni... tenang je bila lepak-lepak.... nampaknya betullah orang ckp duduk dikampung lebih tenang dan sangat meng "aman"kan.

Tuesday, August 11, 2009

Bulan Ogos

Bulan Ogos datang kembali.... apa yg menarik tentang bulan Ogos ni ek...haa... pertamanya adalah 16 Ogos nanti tarikh lahir aku...hahahaha....konfirm pelik dalam ic 2 September ek.... 16 Ogos adalah tarikh lahir manakala 2 Sept adalah tarikh dalam ic jerk tp aku tetap anggap harijadi aku 2 Sept ermm...mmg x pnh celebrate 16 Ogos takat mengingatinya saja..... selain tu, hari kemerdekaan....ermmm...kemerdekaan kali ni disambut dalam bulan ramadhan..alhamdulillah jadi tiada apa-apa sambutan..teringat beberapa tahun lepas semasa Kuantan dijadikan tempat untuk majlis menyambut kemerdekaan peringkat kebangsaan memang busy lah papa masa tu....aku pun dapat offer utk membuat penyertaan...buat show menari tapi aku tolak sebab papa x izinkan lagipun masa tu Muhaimin pun baby lagi..... agaknya kalau aku x berhenti menari dulu sure skrg nie dah byk tmpt aku pergi..... menari ni x tensen... so relaxing walaupun kerja x mcm org...berlatih siang dan malam, sabtu dan ahad kena kerja tp seronok bila setiap bunga sudah mahir....

Now aku dok bz buat sistem utk sekolah abang aku, dia suh buatkan sistem kemasukan pelajar...very basic siystem jerk.... guna Access.... dah lama x buat sistem nie sejak aku berhenti sebagai penolong pengatur cara sistem 8 tahun yang dulu..... hahaha...x minat nak wat jd kerjaya seumur hidup... kerja x mcm org..dok mengadap sistem jek...bosan!!! dah pulak..kita wat sistem bagai nak rak tp yg dapat hasilnya org lain...jadi lebih baik berundur awal-awal....itu yang payah bila kerja dengan bos-bos yang suka mengamalkan kronisme.....

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak semua..... peace no war..

Kisah yang tak sempurna

dalam x diam dah hampir 3 tahun kami berpisah...tetapi hingga kini masih lagi boleh berkawan. Baru-baru ni ada sms papa dan dia beria-ia sungguh suruh tggu dia balik..katanya nak spend time dengan Muhaimin lama-lama and now papa sibuk sebab ada banyak show di Selangor.

2 minggu selepas balik dari Tioman aku kena demam pulak risau jugak maklumlah dengan virus H1N1 yang semakin serius, boleh tahan jugak risau dibuatnya. Pada hari Rabu lepas pergi hospital dan darah tinggi naik pulak....hiihhihi... kes x berhenti makan seafood la nih.... nampaknya terpaksalah cerewet sedikit.

Dalam 2 bulan lepas adalah aku mendaftarkan diri dalan myjodoh.net bukannya nak carik jodoh pun tetapi saja-saja nak menambahkan kenalan x kiralah lelaki ke perempuan ke...cuma negatifnya myjodoh nie adalah butiran peribadi yang terpaksa diletak mcm gaji dan jawatan kerja bukannya apa kadang-kadang terfikir adakah perkahwinan berlandaskan berapa gaji dan jawatan serta kelulusan akademik...ermmm, jangan disangka pensyarah uiam pun ada tetapi x perlulah aku bgtahu siapa orangnya biarlah rahsia..hihihihi.... tetapi minggu lepas aku telah meng-nyah daftarkan nama aku dari komuniti itu kerana semakin bosan dan fed-up...bayangkan lah depa semua boleh bergaduh hanya kerana lelaki come on!!!!... this kind of community mmg x layak untuk aku lah.... bak kata pepatah jodoh tu ditangan Allah, kita mampu merancang tapi Allah yang melaksanakannya. Bagi aku, kahwin ke hidup mcm ni ke janji aku bahagia dan muhaimin pun happy... of course la sedih sebab aimin pun perlukan seorang ayah tetapi kalau dapat yang lebih teruk perangainya daripada yg dulu jadi buat apa aku nak kahwin.... x kan nak menyusahkan diri sendiri lagi...cukup-cukuplah dahulu menghambakan diri untuk seorang lelaki yang bergelar suami tetapi langsung tak dihargainya.... well, past is past and life must goes on..apa pun yang berlaku aku redha dan sangat berharap jika aku ditemukan jodoh biarlah ia sampai ke hujung nyawa kalau tiada aku redha...

Kalau ada jodoh aku dgn papa semula pun aku x kisah..lagi bagus...hahaha...aku dah tahu perangai dia macamana.... kalau nak diingatkan masa kami susah dahulu ya Allah, aku x sangka yang dulu boleh se susah itu..... jadi menjelang Ramadhan al-Mubarak ni diharap semuanya menjadi lebih bahagia hendaknya.

IEEP 2009 - Sun Beach Resort, Pulau Tioman


Di dalam Feri...


Aimin ni terlalu excited


Harta yang paling x ternilai....


Kat depan jeti



Baru sampai di Mersing