BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Best Thing Ever!
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds

Imaran Ajmain _ Seribu Tahun

Monday, August 31, 2009

31 Ogos 2009

Alhamdulillah...negara kita telah mencapai kemerdekaan yang ke 52 tahun pada tahun ini. Mudahan semangat perjuangan anak muda kita tidak akan luntur dan tidak pernah akan luput. Masih teringat pada 31 Ogos 2008 dimana aku dan kawan baik aku melepak di kedai kari kepala ikan, jln Yap Kwan Seng sampai pukul 7.30 pagi...terima kasih kawan.... dia menemani aku sebab kakak dan kawan aku pg ke Seremban jadi aku ni penakut...haaa...apa lagi kawan aku nilah jd mangsa.. disebabkan dia lelaki jadi tak bolehlah bwk dia blk rumah...takat melepak kat mapley boleh la.... selepas penat merewang bandar KL ingat nak pg karoake tetapi tutup pula jadi kami ambil keputusan melepak.... Baru-baru ni adalah contact dia semula dan alhamdulillah kini sudah pun mempunyai awek baru.... kawan aku ni jenis yang lurus bendul tp semangat reformis yang ada itulah buat kami serasi... kami boleh bicara apa saja...politik, cinta, wayang, apa sajalah... memang best dapat kawan mcm ni.... dia peminat Indi Band... suka life band dan sangat-sangatlah suka tgk wayang.... cuma hubungan kami renggang selepas ada tekanan dari pihak yang ingat kami ni couple... salah ke ada kawan yang berlainan jantina....pelikkan?.... bg akulah, kalau aku nak kahwin x perlu nak dok lepak lelama... dah suka nikah jek tp aku tau apa yang aku inginkan... bagi aku perkahwinan ini suatu yang sangat subjektif..ada pro dan kontranya...

Fobiakah aku?... yes I AM!!!! why???.... setelah puas dipukul, disiram dengan air panas, dibelasah hanya kerana benda yang sangat x logik dan selalu dimaki hamun membuatkan aku menjadi sangat benci dengan institusi perkahwinan... for me kesucian dalam perkahwinan itu sudah hilang dalam diari hidup aku, jadi pada mereka x perlulah bangkitkan hal kahwin sebabnya mereka x merasai apa yang telah aku lalui bersama dengan Nasrul Muhaimin. Hidup aku kini sering dihantui dengan segala kisah hitam ini... dengan hadirnya 2 September 2009 maka genaplah usia aku 32 tahun...dalam tempoh ini pelbagai pengalaman telah aku lalui... bersama menghadapi susah dan senang dengan kakak kembar aku menjadikan kami lebih senang hidup berdua ..dan aku tahu kakak aku pun akan berkahwin dan aku amat berharap dia memperoleh kebahagiaan dan mendapat suami yang baik, beriman dan bertanggung-jawab.

Hari ini aku terasa untuk luahkan segalanya setelah lama aku pendamkan sehinggakan ia menjadi barah dalam hidup aku. Aku nampak tenang di luar tetapi gelora bak tsunami sering melanda emosi ini. Harapan aku agar teman-teman mengerti kenapa dan mengapa aku selalu berpendapat negatif mengenai pasangan hidup. Di bulan yang mulia ini aku sering mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan aku tetapi jika Allah masih tidak mengizinkan aku redha dengan ketentuan-Nya dan aku yakin adalah jodoh untuk aku nanti antara dengan cepat dan lambat jerk.

Maaf juga kepada teman dan sahabt lelaki aku yang dah berkahwin tu.... haaa..... sejak menerima panggilan dari isteri anda aku mula menjauhkan diri bukan kerana takut tetapi aku faham setiap wanita akan mempunyai rasa cemburu dan perasaan takut kehilangan suami..jadi aku rasa lebih baik aku slow down mempunyai sahabat lelaki yang dah berkahwin...ini pun suatu penyakit dalam masyarakat kita...kalau ada je kawan perempuan yang bertitle "J" mulalah para isteri kepanasan seperti cacing padahal tak ada apa2 pun yg berlaku.... nak gelak pun ada...tetapi yang pasti air mata akan mengalir juga sebab keikhlasan kita menganggap persahabatan itu suatu yg mulia dipandang hina oleh orang lain. Kalaulah aku nak sangat kat suami orang x perlulah...buat masa aku je..lebih baik mencari yang bujang...bukan susah pun nak dapat... antara nak dan x nak jek... entahla manusia ni, susah nak cakap..kang cakap lebih-lebih kata kita ni kurang ajar jadi lebih baik diamkan diri, it's better like that. (ada masa nanti aku ceritakan kemudian)

15 Sept 2006 tarikh aku masuk bekerja di IIUM, setelah puas mencari kerja diserata pelusuk tempat akhirnya rezeki aku disini juga. Walaupun ketika itu hanya pekerja part time tapi aku enjoy kerja disini...disinilah aku mula mengubah penampilan aku..daripada suka berpakaian jeans dan t-shirt kini aku lebih berbaju kurung dan yang lebih sopan..daripada on off pakai tudung kini lebih selesa bertudung..maklumlah dulu aku keje di Parkson Grand daripada bekerja di HR aku berpindah ke Receiving Dept. kerja kena kuat, angkat kotak yang berkarton-karton dan melabelkan harga barang hampir beratus-ratus setiap hari tidak menggalakkan aku pakai baju kurung...jadi kenalah pakai yang sempoi-sempoi jek.... tp sememangnya berkhidmat di Parkson banyak mengajar aku erti kerja lebih masa yang sangat terlebih..... 8.30 am - 11 mlm... yang best bila time BONUSLINK MEMBER SALES masa itu semua pihak management termasuk aku kena jadi cashier terhormat... keje kita orang melihat orang bayar dan tolong mana yang patut sampailah ke tengah malam... waktu lunch apa lagi kita lak yang shopping sakan maklumlah setiap staff dapat 20% potongan dan lebihan potongan itu dimasukkan ke dalam gaji.... oklah... fun sebab staff kat sana sentiasa bertukar ganti termasuklah aku setelah sekian lama menabur bakti disana akhirnya aku berhenti juga..

Raya...haaaa.... time raya nilah time plg sedey la... gembira dalam sedey gitu.... mcm biasalah tahun ni giliran abang aku yg no 3 balik... abang no 2 x dpt balik sebab kak ngah aku dah sarat sangat time tuh...( bertambah lagi anak saudara yang ke -9). Dan macam biasa jugak Raya pertama wajib beraya di kampung mak di Pekan, kejap je...biasanya pas solat raya baru balik rumah Maklong kemudian ptg dalam pukul 3 ptg akan balik ke Ktn semula...siap2 kan rumah untuk menyambut sepupu2 yang akan datang pada malamnya. Raya ke-2 tahun ni balik ke Puncak Jalil, rumah abang ngah kemudian Raya ke-3 balik melaka rumah abg long dan seterusnya ke batu Pahat kampung abah... Insya-Allah kalau gathering raya tahun ini di buat di rumah AyahNgah maka kenalah balik ke JB pulak... kebiasaannya di rumah adik abah di Parit raja mungkin tahun ini nak buat kelainan... Gathering ini mengumpulkan semua kaum keluarga abah di seluruh pelusuk Johor dan serata negeri bagi mereka yang merantau termasuklah abah aku. Tetapi nikmatilah dulu nikmat berpuasa... bulan ramadhan bulan penuh keberkatan untuk kita semua.

Cukuplah sampai disini...buat teman seperjuangan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-52 tahun, semoga perjuangan atuk, nenek dan moyang kita berbaloi dengan apa yang telah kita perjuangankan selama ini. Assalamualaikum WBT.

Takbir!!!!

jaja_aimin77

0 comments: