BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Best Thing Ever!
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds

Imaran Ajmain _ Seribu Tahun

Tuesday, April 28, 2009

Kehidupan selepas perceraian

Artikel ini diambil daripada Utusan Melaysia... agak menarik juga isi kandungannya...

PERCERAIAN adalah satu perkara yang amat merugikan. Ia seperti satu krisis kehidupan yang memberi impak amat besar terhadap orang yang diceraikan. Impak tersebut bukan sahaja terhadap individu terbabit malah anak-anak, adik- beradik dan ahli keluarga yang lain.

Kalau anda wanita yang mempunyai pengalaman atau sedang melalui proses perceraian, jangan menganggap anda berseorangan kerana di luar sana ada ramai yang senasib dengan anda.

Perasaan yang ditanggung? Sudah tentu menyakitkan. Impak perceraian tersebut bukan setakat pada diri anda malah seluruh ahli keluarga juga merasai kepedihannya.

Antara yang dirasakan oleh mangsa cerai ialah kehilangan, dikhianati dan keliru. Semua perkara ini bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh mereka yang terlibat dalam perceraian.

Persoalan yang sering berlegar di fikiran ialah apa yang akan berlaku selepas ini? Ketahuilah, perceraian bukanlah pengakhir kehidupan.

Ia bukan satu perkara yang mudah. Juga bukanlah satu pilihan yang telah dirancang, namun jangan risau kerana terdapat beberapa langkah yang boleh diambil apabila anda terpaksa berhadapan dengan situasi baru ini.

"Saya sudah tidak sanggup melalui pengalaman sebegini."

Perceraian memang menyakitkan. Tiada satu ubat pun yang boleh menghilangkan dengan segera. Ia adalah satu proses pemulihan yang mengambil masa mungkin sehingga bertahun lamanya.

Jika anda mengalami perceraian, anda pastinya akan berasa sedih dan dinafikan. Hati anda hancur dan sedih hingga mungkin menyebabkan anda tidak mahu mempunyai hubungan dengan sesiapapun.

Jangan sesekali membiarkan emosi menguasai diri kerana inilah masanya anda perlu membangunkan diri anda kembali. Anda perlu meletakkan kehidupan pada tahap yang paling stabil.

Memang perasaan sedih itu normal dan tidak dinafikan juga tangisan akan memberikan kelegaan sekali gus memulihkan hati secara perlahan.

Tiada masalah jika anda memberikan ruang untuk memikirkan kembali masalah tersebut tetapi bangkitlah untuk satu sinar yang lebih baik.

"Saya masih mencintainya dan amat berharap dia menerima saya kembali."

Kebanyakan isteri yang telah diceraikan mengakui masih menyayangi bekas suami. Ini kerana mereka telah memberikan sepenuh hati dan mengabdikan diri kepada pasangan masing-masing.

Bagi isteri hanya maut yang boleh memisahkan dengan suami, tetapi malangnya hanya isteri yang beranggapan sedemikian. Suami tidak mahu meneruskan perjanjian yang telah dimeterai semasa dia melafazkan akad nikah dahulu.

Anda tidak mempunyai kuasa untuk mengubah fikiran suami dan sekalipun anda memaksa ia mungkin tidak akan berlaku.

Apabila kembali tenang, mungkin anda boleh cuba fikirkan siapa yang anda mahukan untuk menemani hidup sepanjang hayat.

Sudah tentu suami yang menyayangi diri anda dan menerima anda seadanya.

Apabila anda seikhlas hati menyintai seorang lelaki, pasti anda mengharapkan dia juga berperasaan sama terhadap anda bukan?

Cinta sejati perlu lahir dari hati yang ingin dicintai. Cinta yang ditolak dan diri yang dikhianati memang memeritkan. Tetapi mahukah anda apabila pasangan anda kembali kepada anda tanpa perasaan cinta dan ikhlas? Tidak, bukan!

Sudah tentu anda mahukan suami yang dulunya pernah mengucap cinta pada anda saat melafazkan pernikahan, walau anda inginkan saat itu kembali kini, anda perlu menerima hakikat yang anda tidak boleh memaksa dia mencintai anda seperti dulu.

"Saya rasa seperti tidak wujud di hati suami dan dikhianati."

Walaupun diketepikan oleh suami jangan sekali-kali merasakan dia telah mengubah keyakinan diri anda. Anda tetap individu yang mempunyai harga diri dan disayangi oleh ahli keluarga serta sahabat.

Perceraian itu tidak akan mengubah nilai baik yang ada pada anda. Ingatlah manusia adalah ciptaan Tuhan dengan mempunyai matlamat, mempunyai bakat, pendapat dan boleh mengubah kehidupan kepada yang lebih baik.

Memang perceraian membuatkan anda berasa marah. Tetapi anda perlu mengajar diri untuk berhadapan dengan perasaan negatif tersebut.

Tidak dinafikan juga kemarahan itu boleh memberikan anda motivasi dan meningkat diri serta kerjaya ke tahap yang lebih baik.

Tetapi awas, silap langkah, kemarahan boleh membinasakan diri anda kembali.

"Nampaknya apa saja yang saya buat semuanya tidak kena...hidup saya kini tidak sebaik dulu."

Lapan puluh peratus daripada tenaga digunakan untuk 'memproses' perasaan. Sebab itu, seseorang akan berasa letih jika terlalu tertekan dengan masalah. Tahap keyakinan diri juga memang akan terjejas.

Selepas berkahwin, sedikit sebanyak hubungan bersama rakan-rakan biasanya akan berkurangan. Selepas bercerai anda rasa keseorangan dan mahu mengasingkan diri.

Akhirnya sikap tersebut memberi kesan kepada prestasi kerja dan seterusnya kewangan anda.

Lawan perasaan tersebut, beritahu diri dan buat pilihan untuk jalan yang lebih baik.

"Apakah pilihan yang saya boleh ambil selepas diceraikan?"

l Dapatkan khidmat sokongan dan kaunseling. Cari seorang kaunselor bertauliah yang pernah anda dengar menerusi media atau risalah. Kini terdapat juga pusat perlindungan dan penjagaan sementara untuk mangsa cerai.

l Ucap selamat tinggal pada masa lampau, carilah pekerjaan baru dan sumber kewangan jika itulah isu utama perceraian.

Jika tidak tahu caranya, minta tolong pada sesiapa yang tahu untuk membuat resume. Banyak laman web yang menyediakan khidmat mencari pekerjaan untuk mereka yang memerlukan.

l Tetapkan matlamat jangka pendek pasti akan memberi satu sinar baru. Sebagai contoh, anda boleh mulakan gaya hidup baru dengan cara yang lebih sihat.

Pastikan anda bersenam setiap hari dan makan makanan yang berkhasiat. Terima hakikat bahawa anda telah bercerai. Cari buku motivasi tentang kehidupan selepas bercerai dan bina semangat baru.

l Berdoa dan beribadat mampu memberi kekuatan dalaman. Malah apabila anda mendekatkan diri kepada Tuhan anda akan lebih mengenali diri anda dan berasa bersyukur dengan apa yang telah Tuhan beri.

Apabila anda tenang, semua perkara dapat diatasi dengan baik.

fobia ke?

Adakah cinta itu tandanya kita perlu memiliki si dia.... bg aku tdk semestinya cinta aku harus memiliki...kadang2 aku teringin untuk mengecapi nikmat bercinta tetapi apakan daya...siapalah aku ni...insan bertitle "J" confirm x de yang berkenan...bagaimana pun aku yakin dengan kehendak Allah dan redha dengan takdir-Nya.... Bagi aku asalkan aku bahagia seperti skrg ni cukupla...kehadiran aimin dalam hidup aku amat memberi kesan dan memberi sinar kebahagiaan... dialah harta aku dunia dan akhirat.... tidak dapat aku bayangkan kalau aku hidup tanpanya... Ya Allah, berilah aku kesempatan aku untuk terus mengecapi dan melihat aimin membesar seperti anak-anak lain didunia ini....

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa Allah beri ujian yang berat kepada ku.... aku merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga yang sangat aku sayang dan keluarga inilah yang sanggup menjaga da mendidik aku seperti anak kandung mereka sendiri, kemudian aku mula belajar bercinta dan akhirnya merana diri sendiri.... kemudian aku berkahwin dengan seorang lelaki yang aku sendiri susah nak komen kerana walaupun kami sudah bercerai tetapi aibnya tetap kujaga dan kuhormati...

Apa yang aku inginkan dan harapkan adalah Allah berikan aku seorang lelaki yang tdk meninggalkan solat 5 waktu kerana solat adalah tiang agama dan tonggak keimanan, bertanggung-jwb, baik hati, dan tahu menghormati orang lain dan boleh menjadi sahabat, rakan, teman, suami tika susah dan senang. Lelaki pada hemat aku kini lebih mementingkan kepada harta benda, rupa paras dan kesempurnaan..sayangnya aku tidak boleh bagi semua itu, apa yang aku ada hanyalah diri aku, kesetiaan aku, kasih-sayang aku dan tentunya harta x ternilai aku iaitu aimin. aku tahu sukar untuk dia menerima aku.

Coretan ini aku luahkan tika hati dan perasaan aku berkecamuk dan bercelaru... pakar kaunseling ada menyatakan pada aku bahawa jika aku resah, aku perlu luahkan oleh kerana aku tiada rakan baik maka aku luahkan didalam blog catatan hati ini.

Allah mentakdirkan setiap umatnya berpasangan malah jika takdir itu tidak menyebelahi aku...aku redha dan aku yakin ada sejuta hikmah disebaliknya, wallahualam.

Friday, April 24, 2009

Setelah sekian lama mencari di mana harga diri,
di mana kesilapan diri,
aku bangun semula bersama tekad dihati.
Meski disingkir, meski diuji, namun jiwa ku tak pernah mati.
Bahagia mesti kucari,
peristiwa pahit mesti dilupai kerana
hati wanitaku percaya,
ESOK MASIH ADA CAHAYA, MASIH ADA SINAR BAHAGIA

telah ku cuba utk rungkaikan rindu ini
namun masih belum upaya ku lagi
knp rindu bertandang tatkala hati cuba mengusir
knp ko tdk prnh merasa getirnya menahan panahan rindu....

adakah aku umpama pungguk rindukan bulan
atau hanya bertepuk sblah tangan

adakah aku mampu bertahan
sdgkan godaan diluar sana makin mencengkam

bisakah aku hilangkan rindu ini
bisakah kau mengerti hati ku
dan
sampai bilakah aku harus menjadi pecinta yg setia

Thursday, April 23, 2009

Sayang,
Tidak terdaya untukku melawan dugaan ini
namun demi kasih dan sayang ku padamu
yang telah kusimpan rapi sekian lama dilubuk hatiku
aku pasrah dengan ketentuan NYA

Sayang,
Andai kepedihan dan keperitan yang ku tanggung ini
dapat membahagiakan dirimu aku akur dan menyerah.


** YA ALLAH rinduku padamu tidak tertanggung lagi. Aku bersyukur padaMU, segala permintaanku KAU tunaikan. Terima kasih Tuhanku. Aku akui kebesaranMU. Kini cintaku hanya padaMU. Hanya diriMU yang memahami hati ini. Perit dan getir yang ku tanggung kini tidak berseorang kerana kini aku memiliki MU.

Apakah dia lelaki jenis lalang? Lalang bila ditiup, ia akan rebah ke kanan juga kiri. Tidak mampu untuk bertahan kerana akar yang lemah dan tidak kuat mencengkam bumi. Lalang yang mudah mengikut telunjuk angin yang membawanya.

Jika bukan lalang, pasti dia jenis bunganya. Pantang disentuh, gugurlah ia ke bumi. Lalang bagaikan tidak punya harga diri. Lalang bagaikan goyah pendiriannya. Tidak mampu melawan dan mengawal diri bila ditimpa musibah. Mudah tumbang. CINTAku, mengapa biarkan dirimu bagaikan lalang?

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...




Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...

Kenapa??
Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang...

Kenapa??
Kerana...CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...

Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA
& terus menunggu..

Kenapa??
Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...

Kekuatan diri semakin hilang...
Kekuatan minda semakin tenggelam...
Diri terasa kaku dan sepi...
Wajah menggambarkan kelesuan...

Perasaan sayu terus mencengkam...
Kenapa kita kena menempuh kesedihan...
Apakah kegembiraan untuk kita semakin berkurangan...
Semakin gembira kita tunjukkan semakin pilu yg bermain dihati...

Apakah semua ini hanya kekacauan...
Apakah semua ini kesedihan...
Apakah ini semua kesayuan...
Hanya kegembiraan sentiasa menjadi harapan...

Jangan engkau beri harapan jika belum pasti tujuannya....Engkau letakkan aku di tempat yang tinggi kemudian aku kau lepaskan...Menjadi kehidupanku tidak menentu Keretakan bak dihempas kaca ....."Besar kesilapan ku besar lagi kesilapan mu...hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaan ku...Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan yang tak mungkin kau maafkan lagi ku tak mungkin kau perlu di sisi"............"Suasana sepi kini menambahkan bening di dalam hatiku mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada di waktu begini diusik kenangan silam yang bertandang lalu ku biarkan ia menabahkan hati ini"....Kata-kata manis Tiada lagi ku dengar hidup ku pula makin tawar..... Tiap bicara manis bagaikan selumbar bisa kau tanam di jiwa tak terlihat oleh pandangan mata mu tiap bicara manis memujuk dan merayu ku tak usah berlalu dan merajuk bawa hati pilu...... Andai sudah tiba masa dan tiada jodoh kita biar kita berpisah... dari merana

Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti
aku mampu menolak kehadirannya dalam hidupku. Terlalu payah bagiku
untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima
begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa
kasih terhadapnya, bagaimanalah aku mampu
menutup kehambaran dan mencipta kebahagian.

Kata orang...... kita akan rasa kehilangan
apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya, kesedaran itu
terlewat hadir dan hanya menambah luka dihati. Dimanakah silapnya?
Diakah yang telah berubah atau akukah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan
diantara kita hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

Namun perpisahan itu menyedarkanku
bahawa kau amat dekat dihati. Payahnya menerima hakikat,
perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan

hati ku terguris lagi........

aku tak kisah sapa pun nko....aku tak peduli siapa dihati nko..... tapi hati ku terguris lagi... tahukah kau apa yang bermain dihatiku.........memilikimu satu keindahan..melepaskanmu satu kerugian....tapi bagi ku cinta sejati hanya utk dua insan tiada tempat utk org ketiga......

Aku tidak ingin kecewa lagi. Pengalaman lalu itu sudah cukup menyakitkan untuk dikenang, apatah lagi untuk disimpan. Namun rimbunan kasih itu sesekali masih berbungakan rindu yang bila mana ditiup bayu malam, harumnya mendamaikan jiwa......melenakan malam-malam resah. Namun bisakah disandarkan kehidupan ini pada kenangan silam semata? Sampai bila? Tegakah aku memetik bunga-bunga rindu yang merimbun untuk ditaburkan diatas pusara kasih yag masih merah dan basah?

Ku harapkan sinar purnama hingga ke siang
Ku harapkan mimpi-mimpi bukan khayalan
Telah aku jelajahi seluruh benua
Mencari pengertian hidup yang sementara

Manusia beraneka ragam dan rupa
Ada yang jujur dan ramai berpura-pura
Ku sangka dalam ilmu dan pengetahuan ku
Tapi ada waktu ku terkeliru

Ku dambakan bukan sekadar yang dinamakan
Kekasih yang menemani ke sana sini
Ku dambakan sahabat dan teman setia
Rela bersama suka dan duka

Jadilah kau sahabat ku, kekasih dan teman
Hanya itu yang ku harapkan
Dalam susah dalam senang kita seiringan
Semoga ikatan berkekalan

Sebagai insan, sesungguhnya kita tidak dapat lari dari kenyataan.. ada kalanya kita terperangkap dalam situasi yang kita sendiri tak harapkan.. merindui sesorang yang kita dambakan.. kitakah insan yang malang..? mengharap belas serta simpati si dia yang kita rindui..? salahkah kita menyimpan perasaan…? Atau salahkah hati kerna rindu itu.. terhukumkah sang perindu hanya kerna dosa merindu..? semakin banyak persoalan, semakin keliru jadinya.. jika ada kerinduan, ungkapkanlah.. itu yang sebaiknya..

kini aku tidak akan menyerah kalah
jika kebiasaannya aku menangis
kerana rasa sedih dan terkilan akan sikapmu
tapi kini
aku akan ketawa dan tersenyum
kerana inilah kekuatanku
aku yakin
mana mungkin untuk kau melupaiku.....

susah, senang, sedih dan gembira
selama ini kita bersama....
tidak mungkin semudah itu untuk kau melupainya....

"SELAGI KUKUH CINTA DIHATIKU....
AKU PASTI SELAGI ITU KAU TIDAK BISA MELUPAKANKU"

ANDAI CINTA KU MILIKI
KENAPA KU LEPASKANNYA PERGI

ANDAI CINTA ITU SEBUAH PENGORBANAN,
MENGAPA PENGORBANAN ITU BUKAN NOKTAH SEBUAH CINTA?

ANDAI DERITA ITU HARGA SEBUAH CINTA,
MENGAPA CINTA ITU SEMAKIN SUKAR UNTUK DIMILIKI?

CINTA UMPAMA KOTA KRISTAL..........,
INDAH DI PENGLIHATAN, DERITA DI PERASAAN………………………..