BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Best Thing Ever!
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds

Imaran Ajmain _ Seribu Tahun

Tuesday, April 28, 2009

fobia ke?

Adakah cinta itu tandanya kita perlu memiliki si dia.... bg aku tdk semestinya cinta aku harus memiliki...kadang2 aku teringin untuk mengecapi nikmat bercinta tetapi apakan daya...siapalah aku ni...insan bertitle "J" confirm x de yang berkenan...bagaimana pun aku yakin dengan kehendak Allah dan redha dengan takdir-Nya.... Bagi aku asalkan aku bahagia seperti skrg ni cukupla...kehadiran aimin dalam hidup aku amat memberi kesan dan memberi sinar kebahagiaan... dialah harta aku dunia dan akhirat.... tidak dapat aku bayangkan kalau aku hidup tanpanya... Ya Allah, berilah aku kesempatan aku untuk terus mengecapi dan melihat aimin membesar seperti anak-anak lain didunia ini....

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa Allah beri ujian yang berat kepada ku.... aku merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga yang sangat aku sayang dan keluarga inilah yang sanggup menjaga da mendidik aku seperti anak kandung mereka sendiri, kemudian aku mula belajar bercinta dan akhirnya merana diri sendiri.... kemudian aku berkahwin dengan seorang lelaki yang aku sendiri susah nak komen kerana walaupun kami sudah bercerai tetapi aibnya tetap kujaga dan kuhormati...

Apa yang aku inginkan dan harapkan adalah Allah berikan aku seorang lelaki yang tdk meninggalkan solat 5 waktu kerana solat adalah tiang agama dan tonggak keimanan, bertanggung-jwb, baik hati, dan tahu menghormati orang lain dan boleh menjadi sahabat, rakan, teman, suami tika susah dan senang. Lelaki pada hemat aku kini lebih mementingkan kepada harta benda, rupa paras dan kesempurnaan..sayangnya aku tidak boleh bagi semua itu, apa yang aku ada hanyalah diri aku, kesetiaan aku, kasih-sayang aku dan tentunya harta x ternilai aku iaitu aimin. aku tahu sukar untuk dia menerima aku.

Coretan ini aku luahkan tika hati dan perasaan aku berkecamuk dan bercelaru... pakar kaunseling ada menyatakan pada aku bahawa jika aku resah, aku perlu luahkan oleh kerana aku tiada rakan baik maka aku luahkan didalam blog catatan hati ini.

Allah mentakdirkan setiap umatnya berpasangan malah jika takdir itu tidak menyebelahi aku...aku redha dan aku yakin ada sejuta hikmah disebaliknya, wallahualam.

0 comments: