BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Best Thing Ever!
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds

Imaran Ajmain _ Seribu Tahun

Wednesday, September 30, 2009

Dalam Kenangan


Ajex - di penamaan calon DSAI di Permatang Pauh



Ajex - Permatang Pauh



Ida the Manace :-)



It's me jaja_aimin



Ajex ( sekali lagi)



jaja_aimin with azim and his brother


Linda, Dek-Na, Azim bro, Ajex, Azim and Fareez
Jaja-aimin, Datuk Seri Wan, Ida the manace


jaja_aimin, syarinna with the photographer


kawan baik aku... rindu sama dia..will be a mom...aisha


kawan baik juga... Masni..now in UMP..



Sweet memory masa sambut birthday aimin yg ke-4

Today i just feel like to remember all the great memory I've been through ..thank you so much to all my friend for being such a great people. Love you all...


@jaja_aimin

Seribu Tahun - Imran Ajmain

pagi tadi dengar balik lagu ni memang membawa kepada seribu memori dalam hidup aku sebab lagu inilah disaat hubungan aku dengan si-dia sedang goyang cam gempa bumi.... sebak lak mendengar lagu nie.... sayu jek...

Walaupun hubungan kami x lama dalam 1 tahun tetapi ia banyak mengajar aku erti apa itu pengorbanan sebenarnya... mudahan dia bahagia dan belajar dari kesilapan dia. Setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya dan dia hadir tika aku dalam kesedihan dan dia pergi tika aku sudah semakin kuat dalam menghadapi kekuatan hidup dan tika itu dia pulak yang membuatkan tanggapan aku pasal lelaki ini makin buruk tetapi disebabkan Allah mencipta ADAM maka tak eloklah nak memburuk-burukkan kaum atau spesis adam ini.

Andai itu bukan milikku, buatlah mcmana pun pasti bukan milikki jua, semua hak ini adalah hak milik mutlak Allah SWT jadilah insan yang lebih jujur dan amanah agar setiap insan dimuka bumi Allah yang cantik ini akan sentiasa berbahagia.

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekitar sambutan hari raya pada tahun 2009. mcm keluarga orang lain juga, sambutan kali ini disambut dengan sederhana sahaja. Dan buat juadah pun utk disedekahkan pada maklong, makcik dan keluarga ayah-ngah serta jiran yang terdekatlah..
Pada Malam raya masing-masing dah x sibuk sangat sebab ketupat dah pun siap direbus.



Ketupat yang telah siap direbus...

bab anyam-menganyam ni diserahkan kepada kapten iaitu abah aku la... yang bestnya abah aku pandai menganyam tetapi x tahuc ara nak matikan ketupat ni bila dah dimasukkan beras...mak aku pulak x pandai menganyam tetapi tahu cara untuk mematikannya...memang sepadan sebab saling lengkap-melengkapi... Juadah lain tu biasalah ada lontong (wajib) laksa pahang, sate, kuah kacang dan rendang ikan.

Pagi raya...haa...kena bangun pukul 4.30 pagi sebab semua benda nak kena masak pagi tu....mula-mula mesin kelapa, kemudian kakak aku start masak kuah lodeh dan sambal ikan bilis untuk ramuan lontong...aku pulak kukuskan laksa gandum dan goreng temosa (letih dok menerap sorang-sorang nih)..Kemudian siapkan meja untuk hidangan lah...kakak-kakak ipar aku ada juga menolong sikit-sikit maklumlah sebab kita orang ada kalau tiada mebi depa x segan sangat kot.

Dalam pukul 11 pagi bertolak ke kampung mak aku di Kampung mengkasar, Pekan. Mula-mula pergi menziarahi kubur arwah aki aku kemudian di Makam Chondong menziarahi pusara arwah nenek aku yang tersayang sebab dialah yang menjaga kami semasa mak bekerja sebagai jururawat di HTAA dulu sebelum pencen lah.



Aimin dengan sepupu nya Shahiruddin sehari sebelum raya.



Aimin with the geng...anak buah aku yang paling muda (so far) 7 bulan... Ahmad Arshad bin Shahril Aidi.


Kononnya nak ambil gmbr elok-elok tapi si kecik nih spoil betul...maklumlah rumah tgh ramai orang....


Kat Kampung mak di kampung Mengkasar, Pekan.



On the way nak balik Melaka... :-)



Sempat posing sambil nak main bunga api.... hakikatnya kena jerit dgn mama sebab nak ambil gambar. Masih lagi di Melaka. Kampung ke-2...:-)





Mana sepupu dia yang lain ek....time ni depa dok main mercun bola.... Aimin ni penakut jadi dia x ambil port benda-benda tu semua...layan kepala sendiri je time nih.



Sepupu aimin yang ni pulak anak-anak abang aku yang sulung. Anak buah kesayangan sebab yang besar tu anak saudara aku yang sulung....


ehehehe..... si kembar.... mana satu aku ek.... hihihihihi.....




On the way nak balik kampung abah...



Ni baru keluar dari lebuhraya.. Simpang depan nak masuk kampung aku kat BP




kat simpang lima rumah Mak saudara Inilah mak-mak saudara aku (cik Yati dan cik Nah)



Mak dan abah aku yang tersayang bersama dengan orang yang paling aku sayang. Masih lagi di simpang lima, Batu Pahat.



Di kawasan rumah arwah nyaie ( nenek)... yang ini pulak depan rumah sepupu abah...dah x banyak rumah tradisional macam ni kebanyakan orang disana banyak yang telah menukar rumah mereka ke banglo... jadi rumah macam ni dah sukar untuk dilihat di Batu Pahat..ada tu ada tapi dah makin pupus lah..



Gambar ni diambil before balik ke Kuantan..pas beraya di rumah sepupu abah di Air Pa'bas kami terus ke eye apa ntah...lupa lak.... oklah sebab abah pun excited nak naik .... Muhaimin jangan cakaplah... over excited gitu.


Oklah..itu sahaja lah pengembaraan kami.... Insya-Allah di lain masa kalau dok merewang lagi akan aku coretkan disini... Untuk semua kawan-kawan x kiralah Anwar Ibrahim Club, PAS, PKR, AMK dan semua rakan seperjuangan di IIUM, UMP, OUM dan yang setaraf dengannya...dimohon seribu kemaafan jika ada tersilap bahasa dan ter kurang ajar....hihihih.... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.


@Jaja_aimin

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya

Thursday, September 3, 2009

Minyak naik....oh TIDAK!!!!

Pagi ni pergilah isi minyak depan kubur ala yang otw pg Indera mahkota...tup-tup tgk kat pam 2.05..huahuahua...aku lupa daaa..minyak naik..aisey..dari kuarkan 2 kepaing not duit merah kakak aku tambah lg sekeping katanya takat isi rm20 buat penat isi jek sebab sket sangat...nampaknya kehidupan kami berubah mcm dulu lah.... kena berjimat cermat... rasa marah dan terkilan pun ada jugak yerlah depa sepatutnya memberi keselesaan kepada rakyat tetapi makin membebankan...yang kaya bertambah kaya dan orang mcm aku ni bukan makin kaya tetapi makin susut.... well, apa pun bersyukur dgn rezeki yang Allah bg kerana ia halal... malas btul nak mrh2 time bulan ramadhan cuma apa yang aku harapkan moga Allah membalas segalanya. Bak ikut pepatah aku, " biarlah org buat kat kita, asalkan kita x buat pada orang lain".

Persiapan raya untuk muhaimin dah settle..semua dah beli..ala kadar jek... alhamdulillah. kena betul-betul budget ni sebab raya kali ini banyak negeri kami akan balik jadi biar x bergaya asalkan duit ada dalam poket..x guna bergaya lebih-lebih tapi duit dlm poket x der...harapkan duit plastik mahu terduduk hujung bulan bila sampai bil nanti oleh itu amalkan perbelanjaan yang berhemah. Baju raya aku pun x ada.... jawabnya pakai aje yang boleh dipakai..bukannya sepupu-sepapat aku tanya pun...hihihihi.... biskut raya pun dah beli...cam biasalah beli yang favorite marble chocolate cookies...syok gila..... kali ni semua beli setiap jenis beli satu (mmg budgetni)..x de yang buat...nak buat pun mcm malas je sebab mak pun sakit jadi kena faham-faham le.

baru-baru ni pergi berbuka di luar di salah sebuah makanan segera di pantai berdekat dgn kuantan ni... di baginya aku ayam yang dah buruk...aisey...mmg nak dpt makan selipar agaknya..tp mcm biasalah aku... malas nak kecoh...xpelah.. kat akhirat nanti semua benda akan disoal jadi x perlulah aku nak kecoh2 orang pun dok syok berbuka...cian plak. so moralnya, konfirm aku x pergi dah!!!! so dah 2 kedai yang sama aku blacklistkan cuma di ECM dah ok tiadalah ayam goreng busuk lagi.... nak berniaga ni kena ikhlas..bila ikhlas semua benda jadi sedap... cewah!

Harijadi kali ni paling best sebab mak aku yang tersayang hadiahkan gelang dan cincin eheheheh... gerun jugak masa mak ajak pergi kedai emas..mahu x nya...dah la gaji pun cukup-cukup hidup jek mana nak budget utk muhaimin, utk byr OUM, duit insuran kereta lagi... sampai jek...kita org pun pilihlh..yerlah takat pilih jerk kan... dah syok2 belek tetiba itu ah moi bilang harga dia mak aii harga dia..kalah gaji aku.... nampaknya kempunan le...tp surprise nya mak aku amik untuk kakak aku dan utk aku satu...bersyukur sangat-sangat..... :-)) apa lagi senyum lebar jelah..... moralnya, sayangilah mak anda dengan ikhlas hati, sebagaiman mereka jaga kita dulu begitulah jugak kita jaga mereka tak kisahlah ibu mertua pun sama..kena jaga sebagaimana kita menjaga ibu kandung kita :-)

jaja_aimin