BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Best Thing Ever!
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds

Imaran Ajmain _ Seribu Tahun

Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sekitar sambutan hari raya pada tahun 2009. mcm keluarga orang lain juga, sambutan kali ini disambut dengan sederhana sahaja. Dan buat juadah pun utk disedekahkan pada maklong, makcik dan keluarga ayah-ngah serta jiran yang terdekatlah..
Pada Malam raya masing-masing dah x sibuk sangat sebab ketupat dah pun siap direbus.



Ketupat yang telah siap direbus...

bab anyam-menganyam ni diserahkan kepada kapten iaitu abah aku la... yang bestnya abah aku pandai menganyam tetapi x tahuc ara nak matikan ketupat ni bila dah dimasukkan beras...mak aku pulak x pandai menganyam tetapi tahu cara untuk mematikannya...memang sepadan sebab saling lengkap-melengkapi... Juadah lain tu biasalah ada lontong (wajib) laksa pahang, sate, kuah kacang dan rendang ikan.

Pagi raya...haa...kena bangun pukul 4.30 pagi sebab semua benda nak kena masak pagi tu....mula-mula mesin kelapa, kemudian kakak aku start masak kuah lodeh dan sambal ikan bilis untuk ramuan lontong...aku pulak kukuskan laksa gandum dan goreng temosa (letih dok menerap sorang-sorang nih)..Kemudian siapkan meja untuk hidangan lah...kakak-kakak ipar aku ada juga menolong sikit-sikit maklumlah sebab kita orang ada kalau tiada mebi depa x segan sangat kot.

Dalam pukul 11 pagi bertolak ke kampung mak aku di Kampung mengkasar, Pekan. Mula-mula pergi menziarahi kubur arwah aki aku kemudian di Makam Chondong menziarahi pusara arwah nenek aku yang tersayang sebab dialah yang menjaga kami semasa mak bekerja sebagai jururawat di HTAA dulu sebelum pencen lah.



Aimin dengan sepupu nya Shahiruddin sehari sebelum raya.



Aimin with the geng...anak buah aku yang paling muda (so far) 7 bulan... Ahmad Arshad bin Shahril Aidi.


Kononnya nak ambil gmbr elok-elok tapi si kecik nih spoil betul...maklumlah rumah tgh ramai orang....


Kat Kampung mak di kampung Mengkasar, Pekan.



On the way nak balik Melaka... :-)



Sempat posing sambil nak main bunga api.... hakikatnya kena jerit dgn mama sebab nak ambil gambar. Masih lagi di Melaka. Kampung ke-2...:-)





Mana sepupu dia yang lain ek....time ni depa dok main mercun bola.... Aimin ni penakut jadi dia x ambil port benda-benda tu semua...layan kepala sendiri je time nih.



Sepupu aimin yang ni pulak anak-anak abang aku yang sulung. Anak buah kesayangan sebab yang besar tu anak saudara aku yang sulung....


ehehehe..... si kembar.... mana satu aku ek.... hihihihihi.....




On the way nak balik kampung abah...



Ni baru keluar dari lebuhraya.. Simpang depan nak masuk kampung aku kat BP




kat simpang lima rumah Mak saudara Inilah mak-mak saudara aku (cik Yati dan cik Nah)



Mak dan abah aku yang tersayang bersama dengan orang yang paling aku sayang. Masih lagi di simpang lima, Batu Pahat.



Di kawasan rumah arwah nyaie ( nenek)... yang ini pulak depan rumah sepupu abah...dah x banyak rumah tradisional macam ni kebanyakan orang disana banyak yang telah menukar rumah mereka ke banglo... jadi rumah macam ni dah sukar untuk dilihat di Batu Pahat..ada tu ada tapi dah makin pupus lah..



Gambar ni diambil before balik ke Kuantan..pas beraya di rumah sepupu abah di Air Pa'bas kami terus ke eye apa ntah...lupa lak.... oklah sebab abah pun excited nak naik .... Muhaimin jangan cakaplah... over excited gitu.


Oklah..itu sahaja lah pengembaraan kami.... Insya-Allah di lain masa kalau dok merewang lagi akan aku coretkan disini... Untuk semua kawan-kawan x kiralah Anwar Ibrahim Club, PAS, PKR, AMK dan semua rakan seperjuangan di IIUM, UMP, OUM dan yang setaraf dengannya...dimohon seribu kemaafan jika ada tersilap bahasa dan ter kurang ajar....hihihih.... Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.


@Jaja_aimin

0 comments: